BlogEasy - Free Web Hosting For Your Free Blog.  Free Blog Hosting.

Tercabarkah Islam, : Asimilasi agama, natijah di sebaliknya

Ghazali Mat Dom

Bagi memastikan ianya menuruti apa yang di sarankan oleh Perdana Menteri Malaysia maka " Inter - Faith Commission" harus di wujudkan kata Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam merupakan Jawatan Penggerak Badan tersebut dalam Majlis Peguam Malaysia.

Tujuan asas yang dimaklumkan adalah bagi menyeragamkan pendekatan keagamaan dan bertindak khususnya kepada perkara - perkara yang melibatkan hak asasi kemanusiaan dan sistem perundangan yang bertindih antara agama. Secara mudah ianya seumpama Badan Perhubungan Agama yang akan membincangkan isu -isu keagamaan bagi menyelaraskan kefahaman dan pendekatan keagamaan yang berbeza dalam Malaysia.

Di beritakan bahawa Suruhanjaya Perhubungan Keagamaan ini akan di bawa untuk penubuhan formal ke parlimen bagi mendapatkan status yang sama dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Sebenar ini bukan kali pertama www.umno-reform.com memaklumkan tentang kehadiran badan - badan bukan kerajaan Malaysia yang bertindak atas paksi menyeragamkan kedudukan intipati agama - agama dunia untuk di jadikan satu bentuk pegangan kolektif yang meluhurkan nilai - nilai murni kehidupan tetapi mempunyai motif lain di sebaliknya.

www.umno-reform.com dalam membicarakan isu sebelum ini MENDAKWA bahawa asas asimilasi semua agama yang di cantumkan adalah bagi mengurang mampatkan pola pegangan Islam dan mengenengahkan asas prinsip agama baru dengan nilai kemuliaan semua agama untuk dijadikan pegangan agama global. Hakikatnya atur cara agama dunia baru yang mula menjadi agenda pokok badan - badan dunia khususnya mereka yang asasnya beragama Kristian yang kini bertapak di Malaysia bagi kami amat mencurigakan.

Bagi kami kalau nilai - nilai dan pegangan norma kehidupan yang berasaskan keadilan atau meneliti kata pegangan nilai seperti - jangan lakukan apa yang anda tidak mahu orang lain lakukan kepada anda (slogan pegangan oleh kumpulan yang mahu mewujudkan Badan Penyelaras agama ini) maka pembabitan entiti agama itu sendiri tidak perlu. Kalau nilai murni agama itu mahu di cakup dan dijadikan asas pegangan kenapa perlu kita membabitkan penukaran asas agama kita itu sendiri ?

"Global Religion" tidak perlu wujud dalam erti kata mahu membuat dasar asas agama baru yang akan sebenarnya membahaskan agama Islam itu sendiri khususnya di Malaysia.

"Council for the Parliment of world religion" telah mengemukakan garis -garis asas pegangan yang melibatkan nilai - nilai murni yang setiap agama telah melakukan simposium mereka tahun sudah di Malaysia di bawah Badan Kristian Demokrat Germany - yang mengelar pertubuhan mereka sebagai Konrad Adenauer Stiftung. Konrad Adenauer Stiftung ini telah menyerap masuk ke dalam negara ini dengan tujuan bagi mempromosi asas keperluan demokrasi dan kebebasan media. Tujuan asal ini tidak akan menjadi bahan kritikan kami malah kalau hanya agenda ini yang ada maka www.umno-reform.com pasti akan menyokong. Namun perubahan mereka dalam mempromosi agenda agama dunia dengan kekuatan asas pegangan mereka pada agama Kristian - amat mencurigakan kami. Agenda Agama Dunia ini telah di bukukan khas oleh Interfaith Malaysia Network - satu badan bukan kerajaan Malaysia dengan kerjasama Institut Kajian Dasar dan semua perbelanjaan kos ini telah di biaya oleh Konrad Adenauer Stiftung.

Bagi kami ianya hanya bertujuan untuk menyarankan agar Islam khususnya untuk melepaskan mana - mana kandungan keagamaan dalam Islam yang di katakan oleh mereka sebagai terlampau ekstrem mengikuti definisi mereka sendiri. Ini bagi kami adalah strategi asimilasi bagi mencairkan kemampatan pegangan agama bagi membolehkan daayah - daayah baru meresap dan mengaburi erti Islam malah mencemar konsep Islam Hadhari yang menjadi agenda Malaysia ketika ini.

www.umno-reform.com pada asasnya menolak Suruhanjaya Penyelarasan Agama di bentuk yang dikatakan separa dengan Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia.

www.umno-reform.com juga menyarankan agar usaha Global Religion yang menarik dari segi intipati tetapi mencurigakan dari segi penekanan serta perlaksanaan di teliti dan semua penerbitan mengenai erti agama sejagat ini di pantau oleh kerajaan Malaysia.

www.umno-reform.com juga menyarankan agar siasatan di buat ke atas 2 media utama Malaysia yakni Sin Chew Jit Poh dan The Star yang di katakan sebagai "partner" oleh Konrad Adenauer Stiftung ( rujukan http://www.kas-asia.org/Partners.htm
Konrad adenauer Stiftung)

www.umno-reform.com mencadangkan bahawa kehadiran Konrad Adenauer Stiftung di Malaysia beralamat :

Peter Schier
Suite 18.1
Level 18 , Menara Genesis
33, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel.: 60 3 2713 73 21
Fax: 60 3 2713 73 20
E-mail: kaskul@pd.jaring.my

di pantau serta aktiviti dan strategi asimilasi agama Islam yang di buat mereka di teliti.

www.umno-reform.com menegaskan bahawa tidak ada dalam agenda kami menolak sebarang kebaikan - kebebasan beragama dan kebebasan media tetapi strategi asimilasi yang bertujuan untuk mencabar agama Islam amat kami tentang.

www.umno-reform.com turut meragui www.malaysiakini.com yang kini dikatakan sedang melobi Konred Adenauer Stiftung atas alasan "free press" tetapi terpaksa mempromosikan isu agenda agama dunia ini.

Kami turut menolak bahawa Konsep Islam Hadhari dan kehendak Pak Lah adalah sebab penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan Agama ini dicadangkan dan mahu dilaksanakan. Sekiranya mereka jujur maka tidak ada sebab untuk kita menolak tetapi kecurigaan pengasas dan dana penggerak untuk mereka menyebabkan kami dalam www.umno-reform.com MENOLAK sepenuhnya agenda yang kami rasakan jahat dan bertujuan untuk memecahkan saf - saf mereka yang beragama Islam itu sendiri.

Pihak www.umno-reform.com dengan itu menggesa bahawa pertubuhan NGO rakan www.umno-reform.com bertindak untuk memulakan diskusi dan penilaian bagi membincangkan isu asimilasi agama Islam dan khususnya cabaran yang di buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Return to Main Page

Comments

Comment no picture

Thu Sep 14, 2006 4:06 am MST by Anonymous

Comment Memang betul kita tidak boleh membuat sesuatu yang terlalu Bebas. Bebas akan menyebabkan orang akan menjadi lebih jahat. Seperti mana yang kita ketahui, kebebasan akan banyak menyebabkan orang menjadi lebih sesat. Tapi tuan-tuan yang bijak berfikir, saya ingin menanya satu soalan...kalau seorang yang beragama Islam ingin memilih Tuhan yang dia rasa Tuhan yang beliau pilih merupakan Tuhan yang baik dan boleh dipercayai, adakah itu satu masalah? Bagaiamana pula kalau beliau tersebut merasakan Tuhan dalam Islam itu jahat, tidakkah dia boleh memilih yang baik untuk dia? Fikirlah sendiri...Komen-komen kamu di atas sungguh lawak. Sebab yang hanya tertipu hanya orang-orang yang berfikiran sempit sahaja. Bagi kami pemilihan Tuhan itu penting, kenapa orang Islam seperti orang Islam ingin menjadi hakim dan memaksa orang yang ingin menukar agama mereka untuk sentiasa mempercayai sesuatu agama Islam yang sudah mereka tidak percayai. Lagi satu, siapa kata orang Kristian ingin merosakkan aqidah Islam. Kami dari kecil hingga besar selalu diajar supaya menghormati agama orang lain. Dan sampai hari ini, terdapat banyak berita di mana Agama Kristian sentiasa menyokong orang Islam, membantu orang Islam dan menyayangi orang Islam. Mungkin ada diantara kamu yang mengatakan orang kristian berpura-pura baik, supaya kononnya orang Islam akan terpengaruh dan akhirnya masuk kristian. Wahai saudara, jangan suka menghakimi kami ini, kami diajar dan dididik dari kecil hinggalah tua dimana hidup utama kami mestilah menutamakan nilai Kasih sayang dan belas kasihan dimana nilai kasih sayang dan belas kasihan yang akan mendorang kami dalam perjalanan hidup seharian kami. Apabila cakap pasal demokrasi, terdapat komentator diatas mengatakan sebab demokrasilah banyak orang Islam terbunuh. Tapi bagi kami, kerana Islam lah, terdapat banyak orang-orang yang tidak berdosa terbunuh. Dari zaman Nabi muhammad, beliau telah membunuh orang sacara beramai-ramai, diikuti pula dengan khaliffah2 nya dan sehingga hari ini orang-orang islam membunuh orang-orang yang murtad. Kononnya menghapuskan orang jahat..hahaha..sungguh lucu, siapakah kamu untuk membunuh orang? Tuhan mencipta nyawa menggunakan firmannya sendiri, tapi kamu pula memusnahkan orang dengan tangan kamu sendiri... Senang ceritalah.... kalau kamu hebat sangat kamu berdebatlah dengan Ali Sina yang mana beliau seorang bekas muslim. Untuk pengetahuan kamu beliau tidak pernah kalah berdebat dengan seluruh pakar Islam di dunia ini. Kalau kamu menang, kamu akan dapat 50 ribu Us dollar tahu..haha..pegilah.. laman webnya tak susah..type sahaja FAITH FREEDOM...dan masuk FAITH FREEDOM INTERNASIONAL...di sana lah anda akan berjumpa dengan berjuta-juta kawan seiman anda yang telah menolak islam sebagai pegangan hidup anda

Sun Aug 20, 2006 10:31 am MST by Jeffrary

Comment Assalamualaikum semua. Setelah melihat senario yang berlaku sekarang, adalah jelas bahawa umat Islam sendiri sudah mula meragui agama mereka. Mereka terpengaruh dengan idea bahawa setiap yang ingin dipercayai mestilah boleh dilihat. Kita perlu memahami bahawa setiap yang tulen tidak akan berubah. Sebagai contoh emas yang tulen akan tetap tulen walaupun bungkusannya diwarnai dengan berbagai warna. Hanya Islam yang tidak menggunakan patung atau membenarkan patung. Ia bukti ketulenan Islam dari dahulu hingga kini. Golongan yang menggelarkan diri mereka Islam Liberal, kalau hendak melakukan sesuatu yang dilarang dalam agama, lakukanlah. Setiap apa yang dilakukan manusia akan ada akibatnya. Tidak perlu mengubah perlembagaan negara. Apakah selama ini ia tidak memberi ruang kebebasan beragama? Manusia sering lupa bahawa apa yang dilarang dalam Islam ada hikmahnya. Zina telah lama diharamkan tetapi terdapat manusia yang ingin menunjukkan ia lebih tahu daripada Allah; atas nama kebebasan, menubuhkan persatuan itu dan ini, membolehkan zina, homoseksual dan sebagainya. Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa Allah akan turunkan penyakit yang tidak pernah diturunkan kepada umat-umat sebelumnya. AIDS hingga sekarang tiada ubatnya. Manusia ingin menunggu hingga ditimpa sesuatu perkara barulah ingin percaya. Sahabat sekalian, Tidak ada agama yang membenarkan pembunuhan orang awam. Tetapi negara yang kononnya penegak demokrasi di dunia telah melakukannya. Mungkin umat Islamlah antara yang paling ramai dibunuh atas nama demokrasi ini. Manusia tidak boleh bebas sepenuhnya. Kalau bebas sepenuhnya, kenapa manusia perlu membuat undang-undang? Undang-undang bermakna tidak bebas sepenuhnya. Untuk itulah sebagai Pencipta manusia dan Alam, Allah SWT telah menetapkan undang-undang yang manusia perlu patuh. Pernahkah terbukti apa yang Islam telah tetapkan membawa keburukan? Suara siapakah yang kita dengar untuk mengubah agama kita sendiri? Agama bukan perkara mainan. Sekiranya demikian ia akan jadi bahan mainan sehinggakan Tuhan sendiri dipermainkan dalam filem. Untuk itu, menukar agama bukan seperti menukar baju yang boleh dipakai, digunakan, diubahsuai mengikut kehendak kita. Islam telah memberi kebebasan kepada umatnya untuk membawa kejayaan dan kebahagiaan tetapi ada hadnya. Undang-undang Islam sememangnya untuk dilaksanakan oleh umat Islam secara khusus. Jagalah agama masing-masing dan selesaikan pemahaman ke atas kitab masing-masing. Jangan kita sibuk dengan agama orang lain. Buat umat Islam, Islam itu mudah, janganlah kita mempermudah-mudahkannya mengikut hawa nafsu kita yang tidak pernah kenyang. Wassalam.

Fri Aug 11, 2006 6:17 pm MST by Deen

Comment menyentuh mengenai kegagalan memertabatkan bangsa melayu yang disuarakan oleh Tun M dalam ruangan email Ghazali Mat Dom. Saya berpendapat secara menyeluruhnya tidaklah sehaprak bangsa lain yang dianggap jauh lebih maju ataupun bertamadun. Sikap bangsa kita kerana suka merendah diri. Walaupun begitu kerana sikap kita orang melayulah yang menjadikan negara kita pada masa ini aman dan damai malah lebih maju daripada sesetengah negara yang beranggapan mereka lebih maju. Bayangkanlah kalau bangsa lain yang memerintah negara ini? bagaimana kalau negara yang bertaraf maju tetapi sebenarnya rakyatnya hidup dalam kesempitan? seperti sesetengah negara yang selalu berbangga terhadap kemajuan yang mereka capai? malah memperkecilkan negara kita? Melayu apabila bersatu sememangnya kuat malah terlalu kuat untuk digugat. ini terbukti semasa era komunis cuba mempengaruhi idealogi kita. malah semasa penjajahan Jepun dan British sekalipun kitalah bangsa yang paling teguh berbanding bangsa lain yang ada di Malaysia ini. Tidak dinafikan bangsa melayu tidak ramai yang menguasai bidang-bidang yang berkemajuan tinggi mahupun dalam perniagaan. tapi itu bukanlah kayu pengukur mertabat sesuatu bangsa. Kalau hendak menunggu bangsa lain yang memuji bangsa kita, minta maaf saja lah, saya rasa kalau adapun ianya tidaklah seikhlas mana. Kita mungkin pernah memuji bangsa orang putih mahun orang jepun yang rajin dan maju, tetapi perangai buruk mereka lebih jauh dahsyat dari perangai buruk bangsa kita. Sebenarnya bangsa melayu adalah seperti juga parti UMNO. Kejatuhan bangsa kita atau UMNO itu bukan kerana orang lain tetapi dari kita sendiri. itulah hakikat sebenar. Itulah sikap buruk yang sukar dikikis dalam diri kita orang melayu. maksudnya kita hanya akan bersatu apabila tertekan dan mula berpecah apabila sudah merasa selesa. Sebab tu ada kiasan Melayu Mudah Lupa. Sikap orang melayu mudah irihati sesama orang melayu, prejudis sesama sendiri dan berpuak-puak apabila sudah berada dalam satu kumpulan. Sepatutnya kita haruslah membanggakan bangsa kita sendiri dan berasa megah melihat ada bangsa kita yang telah maju, malah mertabat bangsa kita lah yang lebih baik.

Thu Sep 8, 2005 12:42 am MST by justme

Comment pegi mampun badawi dengan indio macon muka anjing.syaitan islam hadari fuck you rais yatim bangsat kau nazri aziz anjin kurap azlina.dengan babi2nya wahai umat islam malaysia bunuh saje pemimpin syaitan mcm ni

Thu May 19, 2005 3:54 am MST by kamal

Comment Asimilasi Ugama Angkara Syaitan Memang patut kita umat Islam berasa cemas dan skeptik di atas usaha setengah pihak kononnya atas nama 'perpaduan kaum' atau membina'towering personality' umat majmuk yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang bilamana yang dijadikan bahan ujikaji adalah syariat Islam itu sendiri. Persoalan-persoalan yang dijadikan titik tolak untuk mencapai kefahaman ugama di kalangan masyarakat berbilang kaum ialah sejauh mana umat Islam dapat berkompromi untuk menerima Islam mengikut versi yang sama sekali bersalahan dengan kitab-kitab lama yang dianggap jumud, 'othodox' dan menghalang kemajuan. Pada masa yang sama versi Islam yang dicanangkan itu lebih berbentuk budaya Melayu moden yang kadang kala tiada kena mengena dengan Islam yang diperjuangkan oleh ulama-ulama silam. Satu contoh paling nyata yang selalu diulangtayang dengan bangganya ialah sambutan hari kebesaran ugama lain, yang kebanyakan ulama yang masih waras belum boleh menerima bulat-bulat. Begitu juga dengan Islam Hadhari, begitu banyak unsur memberi ruang kepada 'non-muslim' sehingga ada iklan TV yang ber'prasan' dengan memberi gambaran bahawa orang bukan Islam telah memahaminya. Bukankah kita ada perlembagaan yang memberi ruang kepada Islam untuk diamalkan sepenuhnya? Kenapa pula ada pihak yang ber'inspirasi' bahawa Islam perlu dilunakkan untuk diterima oleh penganut ugama lain? Jangan kita lupa apa yang telah cuba dilakukan oleh Akhbar Agung yang mencipta Din'Ilahi dengan harapan dapat menyatupadukan penganut Islam dan Hindu supaya menjadi masyarakat cemerlang gemilang dan terbilang...

Tue Feb 15, 2005 11:04 pm MST by Abu Ahmad

Comment Saya sokong kita tolak sebarang usaha untuk menjatuhkan maruah agama kita. Biar depa kata semua agama menuju kearah kebaikan tetapi yang terbaik adalah Islam dan kita tidak perlu merendahkan perkara ini. Stand high Ghazali Mat Dom. Kita sokong

Sun Feb 13, 2005 9:07 am MST by last

Comment Amat terkejut membaca apa yang dikatakan oleh Ghazali Mat Dom ini. Kalau dilihat dari satu sudut terdapat kehadiran orang - orang yang mahu menipiskan pegangan Islam dengan kononnya semua agama itu serupa. Ini sebenarnya salah dan bagi saya apa pun yang lain dari pegangan Islam itu diklasifikasikan sebagai kafir. Ini bukan saya cerita tetapi Al Quran yang menyebutnya dan saya menerima. Kalau dikatakan gabungan bagi membincangkan agama - gabungan itu harus tahu bahawa Islam tetap melihat pegangan mereka sebagai longgar dan penganut Islam tidak akan berganjak dari mengatakan bahawa penyembahan berhala itu haram mereka adalah golongan yang menyekutu ALLAH SWT dengan patung berhala. Dapatkah ini di terima oleh jawatankuasa itu terlebih dahulu? Kita tidak menghalang mereka menyembah apa pun tetapi menghormati dan akur kepada penyembahan mereka tidak mungkin wujud dalam Islam. Saya percaya bahawa setelah membaca artikel Ghazali dan membuat sedikit pemeriksaan keatas laman web lain saya yakin ini adalah percubaan halus yang jahat dalam meruntuhkan aqidah kita yang beragama Islam. Kita haru menentang !

Thu Feb 10, 2005 9:26 am MST by jak

Comment Amat terkejut membaca apa yang dikatakan oleh Ghazali Mat Dom ini. Kalau dilihat dari satu sudut terdapat kehadiran orang - orang yang mahu menipiskan pegangan Islam dengan kononnya semua agama itu serupa. Ini sebenarnya salah dan bagi saya apa pun yang lain dari pegangan Islam itu diklasifikasikan sebagai kafir. Ini bukan saya cerita tetapi Al Quran yang menyebutnya dan saya menerima. Kalau dikatakan gabungan bagi membincangkan agama - gabungan itu harus tahu bahawa Islam tetap melihat pegangan mereka sebagai longgar dan penganut Islam tidak akan berganjak dari mengatakan bahawa penyembahan berhala itu haram mereka adalah golongan yang menyekutu ALLAH SWT dengan patung berhala. Dapatkah ini di terima oleh jawatankuasa itu terlebih dahulu? Kita tidak menghalang mereka menyembah apa pun tetapi menghormati dan akur kepada penyembahan mereka tidak mungkin wujud dalam Islam. Saya percaya bahawa setelah membaca artikel Ghazali dan membuat sedikit pemeriksaan keatas laman web lain saya yakin ini adalah percubaan halus yang jahat dalam meruntuhkan aqidah kita yang beragama Islam. Kita haru menentang !

Thu Feb 10, 2005 9:24 am MST by jak

Add Comment