BlogEasy - Free Web Hosting For Your Free Blog.  Free Blog Hosting.

Reformasi yang tersisih - Bermaknakah perjuangan?

Reformasi yang tersisih - Bermaknakah perjuangan?
dryacid72@yahoo.com

Pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim telah mencetuskan satu gelombang kebangkitan rakyat untuk kali kedua.Pembebasan DSAI boleh kita katakan sebagai satu sinar baru dalam perjuangan dan politik tanahair.Keadilan kini dianggap sebagai satu parti yang mampu menggugat Barisan Nasional.Dalam erti kata lain Parti Keadilan Rakyat bakal muncul sebagai satu parti yang berkemampuan untuk memerintah.Saya pada hakikatnya meletakkan harapan yang cukup tinggi satu masa dahulu di awal perjuangan kepada parti keadilan ini atas dasar sebuah parti yang bernafas baru, berorientasikan perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan sebuah parti berbilang kaum yang pada pendapat saya mampu untuk merubah senario politik negara .

Pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim turut menjulang nama dua orang kanan beliau iaitu Sdr Ezam Mohd Noor Dan Azmin Ali kedua-dua bekas setiausaha politik dan setiausaha sulit DSAI ini di angkat sebagai panglima kepada pembebasan DSAI. Kalau kita lihat kembali dari hari pertama pembebasan DSAI mereka berdua ini lah yang yang sentiasa berada dikiri dan kanan DSAI.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah kita juga tidak harus melupakan rakan-rakan perjuangan yang lain , sekadar menyebut beberapa nama antaranya ialah Hamdan Taha ,Ruslan Kasim ,Lokman Nor Adam, Hanafiah Man, Zahid Mat Arif , YB Saifuddin Nasution, Saiful Izham Ramli , Adlan Benan dan berapa yang lain ,walaupun ada antara mereka yang telah meninggalkan keadilan dan ada yang masih bersama keadilan tetapi perjuangan dan pengorbanan mereka tidak dapat kita ketepikan.

Mungkin ramai yang akan bertanya mengapa nama-nama diatas saya tonjolkan semula ,jawapannya mudah mereka-mereka yang saya sebutkan diatas adalah bekas orang kanan Ketua pemuda Parti Keadilan dan kini mereka sama ada telah meninggalkan parti atau pun lebih suka low profile dalam parti keadilan.Pasti wujudnya sesuatu yang menjadikan mereka mengambil jalan yang sedemikian.

Apa yang saya harapkan dalam penulisan ini bukannya satu kebencian atau di tuduh cuba menjatuhkan atau di katakan agen kepada mana-mana individu yang tertera disini tetapi saya mengharapkan apa yang akan saya paparkan di sini di jadikan landasan untuk satu kebangkitan yang berteraskan perubahan sikap yang saya rasa perlu di lakukan oleh beberapa individu dalam parti keadilan .

Perkara pertama yang ingin saya paparkan adalah tentang sikap SDR Ezam Mohd Noor dalam konteks memimpin pemuda keadilan , Hampir kesemua nama yang saya sebutkan tadi pernah menjadi setiausaha dan orang kanan Ezam dan hampir kesemuanya meninggalkan keadilan atau bersikap low profile dalam parti dengan mengaitkan nama sdr Ezam atau Azmin Ali dan ada antara mereka yang di pecat kerana mengkritik Sdr Ezam dan Azmin.Persoalan saya mengapa ini berlaku.Saya ingin mengambil contoh apa yang di kritik oleh Sdr Lokman Noor Adam yang berkaitan tentang penyalahgunaan dana sumbangan kepada parti dan juga isu sikap Sdr Ezam dan Azmin yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari perjuangan .Saya bersetuju sekiranya benar Lokman Noor Adam di pecat dari Parti kerana menghasut ahli parti untuk menyertai UMNO tetapi bagaimana dengan tuduhan tuduhan yang di lemparkan keatas Ezam Dan Azmin berkaitan dengan penyelewengan dana parti ini kerana mereka tidak pernah tampil untuk menjelaskan tuduhan tuduhan tersebut keperingkat akar umbi ahli dan mereka lebih berminat untuk menamatkan riwayat politik Lokman dari Parti Keadilan dengan seberapa segera.Mungkin Ahli MPT keadilan boleh menjelaskan berkaitan amaran Sdr Ezam Dan Azmin kepada mesyuarat MPT tentang apa yang akan berlaku sekiranya lokman tidak di pecat.

surat original "perletakan jawatan Ezam Mohd Nor' sewaktu krisis dengan Saifuddin Nasution
(gambar eksklusif dari www.umno-reform.com)
Krisis YB Saifudin Nasution dan Ezam Mohd Noor juga ingin saya paparkan di sini yang boleh saya katakan antara faktor utama Yb Saifudin enggan memegang sebarang jawatan dalam parti.Sebenarnya krisis ini berlaku semasa YB Saifudin menjadi Timbalan Ketua Pemuda Keadilan lagi.Semua exco pemuda pada masa itu sudah sedia maklum yang pada ketika itu Sdr Ezam masih berada di dalam penjara dan semasa Sdr Yb Saifudin memangku jawatan Ketua Pemuda krisis ini di lihat semakin kronik sehingga terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan Sdr Ezam telah meletak jawatan selaku Ketua Pemuda tetapi kemudian menafikan perletakkan jawatan beliau dalam parti ..mungkin hanya exco-exco pemuda Keadilan ketika itu yang mengetahui kebenaranya.Tidak lama kemudian Yb Saifudin akhirnya meletak jawatan selaku Timbalan Ketua Pemuda dan turut di ikuti oleh beberapa orang exco pemuda parti yang ramai jumlahnya.Antara faktor utama yang di katakan sebagai faktor penting kepada krisis dalaman pemuda adalah Penubuhan Angkatan Muda Keadilan yang mana majoriti exco pimpinan pemuda pada ketika itu tidak bersetuju untuk menerima kemasukan ahli wanita berusia di bawah 40 tahun kedalam pemuda dan mengakui penerimaan Angkatan Muda,krisis ini di lihat cukup besar apabila beberapa pemuda negeri memainkan peranan dalam menentang dan menerima Angkatan Muda ini.Negeri Selangor telah menghantar persetujuan sebulat suara yang di ketuai oleh sdr SD Johari selaku Ketua Pemuda negeri dan ketua pemuda bahagian Sdr Ezam, yang mana di lihat mewakili suara sdr Ezam, tidak beberapa lama kemudian Pemuda Negeri Perak yang merupakan negeri yang mempunyai bahagian paling banyak dalam keadilan telah menyatakan penolakan sebulat suara penubuhan Angkatan Muda Keadilan yang di lihat mewakili suara YB saifudin, apa yang menghairankan saya mesyuarat exco pemuda pusat telah membuat keputusan menolak kemasukan wanita dalam pemuda akan tetapi sdr Ezam telah menggunakan kuasanya untuk membawa perkara itu ke mesyuarat MPT dan telah diluluskan tanpa mengambil kira keputusan mesyuarat exco pemuda pusat.Kini dapat kita lihat sacara rasmi tertubuhnya Angkatan Muda Keadilan di Kongres Keadilan yang lalu. Saya ingin mengajak semua ahli melihat secara terbuka tentang penubuhan Angkatan Muda Keadilan ini kerana banyak bahagian yang sebenarnya tidak dapat mengumpulkan ahli wanita muda dalam keadilan untuk di selaraskan mengikut perlembagaan Angkatan Muda dan kebanyakkannya lebih kepada nama on paper .Persoalan saya adakah mesyuarat tersebut sah dan ini semua di lakukan untuk menutup kelemahan demi menjayakan hasrat untuk merealisasikan penubuhan Angkatan Muda atau dengan kata lain lebih sesuai saya katakan ia lebih kepada konsep menghalalkan cara .Saya tidak menentang penubuhan Angkatan Muda tetapi beranggapan masa untuk menubuhkan Angkatan Muda ini tidak sesuai memandangkan satu perancangan yang lebih teliti dan komprehensif perlu di lakukan terlebih dahulu sebelum penubuhan Angkatan Muda ini.Kebaikan penubuhan angkatan muda ini tetap ada terutama dalam konteks untuk bersaing dengan puteri umno dan membuka peluang kepada golongan wanita muda untuk lebih aktif dalam politik keadilan akan tetapi perancangan yang di lakukan tidak tersusun dan ini telah mengakibatkan nama-nama on paper wujud sekadar untuk menutup kelemahan, akan tetapi sekiranya wujud satu penentangan yang menjurus kepada tindakkan undang-undang saya pasti cukup banyak angkatan muda di peringkat bahagian akan di batalkan dan angkatan muda itu sendiri boleh di anggap tidak sah.cuba kita renungkan perkara ini secara terbuka.Dan demi untuk menunjukkan kehebatan angkatan muda terutama golongan wanita ini beberapa jawatan penting terpaksa di serahkan kepada mereka termasuk jawatan ketua Angkatan Muda Negeri.Sedangkan ada lebih banyak calon di kalangan lelaki yang lebih sesuai untuk memikul jawatan ini bukan saya mendiskriminasikan kaum wanita dalam Angkatan Muda tetapi apabila saya melihat secara keseluruhan kepimpinan Angkatan Muda ini ada tempangnya.

Penyeberangan kumpulan 12 ke dalam UMNO turut ingin saya paparkan di sini kerana penyeberangan mereka-mereka ini yang di ketuai oleh Hamdan Taha dan Ruslan Kasim cukup memberi impak kepada Parti Keadilan menjelang pilihanraya yang lalu.Nama Ezam di sebut secara meluas yang kononnya beliau lah yang sebenarnya mengetuai kumpulan 12 ini .Dan maklumat ini jelas di tunjukkan melalui gambar dan kenyataan dari ahli-ahli kumpulan 12 ini sendiri yang mengesahkan Ezam adalah ketua perunding utama untuk menyertai umno sebelum membuat keputusan menarik diri, akan tetapi mereka-mereka yang lain yang bersama dalam perundingan tersebut tetap meneruskan hasrat mereka untuk menyertai umno.Dalam keadaan genting , di saat Ezam sedang berada dalam keadaan tertekan memandangkan mereka-mereka yang bakal menyeberang ke dalam umno bukan setakat pemimpin dan bekas pemimpin kanan parti akan tetapi mereka-mereka ini juga merupakan sahabat rapat Ezam dan juga merupakan think tank kepada Sdr Ezam, tiba-tiba maruah sdr Ezam dan parti di selamatkan dengan akuan bersumpah Ketua pemuda Keadilan Perak berkaitan dengan politik wang yang di kaitkan dengan penyeberangan kumpulan 12 ke dalam umno, Maka terselamatlah beliau dari masalah tersebut.persoalan saya Sdr Ezam perlu jelas dalam menyatakan kebenaran, saya masih ingat kata-kata bekas setiausaha pemuda keadilan yang juga merupakan seorang peguam bahawa Ezam adalah orang yang paling tidak boleh di percayai dalam parti.Saya mahu panglima Keadilan ini menjelaskan secara menyeluruh kepada pimpinan dan ahli parti berkaitan dengan tuduhan-tuduhan yang di lemparkan keatas saudara.Penyeberangan kumpulan 12 ini kedalam umno saya lihat sebagai satu kehilangan besar dalam parti dan juga Sdr Ezam kerana Ezam telah kehilangan pemikir-pemikir politik dalam pemuda dan kini yang tinggal hanya mereka-mereka yang saya anggap lebih kepada pejuang dan bukan pemikir.

Saya ingin membangkitkan persoalan tentang kebajikan dan ingin perkara ini lebih di titik beratkan oleh Sdr Ezam kepada pejuang pejuang muda dalam keadilan kerana saya melihat faktor kewangan menjadi faktor utama penyeberangan ramai pemimpin muda keadilan ke dalam UMNO Dan kita harus melihat ia sebagai satu perkara penting memandangkan hakikat yang sebenarnya pimpinan pemuda keadilan mampu membantu akan tetapi enggan berbuat demikian.Lihat dalam kes lokman Adam bekas tahanan ISA Dan saya anggap sebagai pejuang paling berani dalam pemuda keadilan di mana saya melihat ia sebenarnya lebih kepada krisis kewangan akan tetapi apabila keadaan cukup mendesak beliau akhirnya gugur .Dan seorang lagi mangsa yang tunduk kepada tekanan kewangan ialah bekas ketua pemuda keadilan perak zul hilmi yahya orang yang bertanggungjawab menyelamatkan maruah Ezam dalam kes kumpulan 12 dan bekas panglima perang Semasa Gerakan Anwar Bebas di Pasir Salak turut gugur dalam perjuangan dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

Saudara Ezam dan pimpinan parti harus sedar bahawa betapa pentingnya soal kebajikan pemuda ini di titik beratkan kerana faktor kemampuan mereka untuk membantu mereka yang memerlukan.Saya ambil contoh beberapa tokoh pemuda seperti Badrul Hisham Shahrin yang mana telah tersingkir dari jawatan tetap beliau sebagai seorang guru kerana tuntutan perjuangan dan tetap komited dalam perjuangan tetapi di beri kemudahan yang sepatutnya di bantu memandangkan beliau seorang pejuang tulen .Begitu juga dengan rakan-rakan pemuda yang lain seperti Sd johari yang merupakan seorang ahli perniagaan muda satu ketika dulu kini kehilangan segala-galanya demi tuntutan perjuangan satu contoh lagi Sdr Zulhilmi yahya bekas ketua pemuda keadilan perak yang telah dua kali di singkir dari universiti dan juga telah kehilangan segala-galanya juga demi tuntutan perjuangan Ramai lagi nama-nama besar dalam keadilan yang turut menerima padah yang cukup besar demi menyahut seruan DSAI "KALAU TAKUT DENGAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN" .

Ramai juga di kalangan calon-calon dalam keadilan yang bertanding dalam pilihanraya yang lalu gagal di bantu terutama dari aspek penyediaan kemudahan poster dan barangan keperluan pilihanraya yang lain walaupun di khabarkan wujudnya dana berjumlah RM 3 JUTA untuk membantu calon, persoalan saya adakah kerana dana ini tidak mencukupi atau wujudnya penyelewengan dana ini .Kalau ingin di bicarakan soal wang ghaib ini telalu banyak sebenarnya yang boleh di perkatakan semenjak di awal penubuhan keadilan sehingga kini.Dan apa yang menariknya hampir 90 peratus isu wang ghaib ini banyak mengaitkan nama-nama regular seperti Azmin Ali ,Ezam Mohd Noor dan Khalid Jaafar kenapa ini berlaku ? entah lah persoalan ini hanya boleh di jawab oleh pimpinan Parti sendiri.

Saya ingin sekali bertanya tentang wang dana pembelian ibu pejabat Parti Keadilan di Shah Alam kerana banyak pihak menyatakan Sdr Abdul rahman Osman adalah penyumbang terbesar pembelian pejabat tersebut sedangkan ada pula pihak yang menyatakan sebaliknya isu ini perlu juga di perjelaskan kepada umum .Perkara ini menjadi satu isu yang meluas dalam parti terutama dalam kongres dan pemilihan yang terdahulu ianya di jadikan senjata kedua-dua pihak yang bertanding ,isu ini sebenarnya boleh di selesaikan secara mudah oleh presiden parti yang semestinya tahu akan kebenaran yang sebenar cukup sekadar menyatakan terima kasih kepada penyumbang yang sebenar atau semua penyumbang-penyumbang yang terbabit di umumkan secara terbuka .

Perbezaan pendapat sesama pemimpin dalam parti keadilan saya lihat turut banyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti sedangkan saya merasakan yang ianya cuma permasalahan perbedaan pendapat sesama mereka yang seharusnya bijak untuk menyelesaikan perkara ini secara rasional dan tersusun memandangkan mereka-mereka ini terdiri daripada golongan profesional dan berpengalaman.Cuba kita lihat krisis pertama yang saya rasa memberikan impak yang besar kepada Parti Keadilan iaitu krisis penggabungan antara parti keadilan dan parti rakyat yang telah menyebabkan keadilan kehilangan ramai tokoh-tokoh seperti Dr Mohd Noor Manuty Anuar Tahir dan beberapa pimpinan Yang lebih elok saya katakan tokoh-tokoh dari ABIM .Krisis ini sebenarnya cukup mudah untuk di selesaikan kalau sekiranya kita melihat tuntutan perjuangan lebih penting dari tuntutan lain,akan tetapi pemikiran sebilangan pemimpin parti yang lebih suka menunjuk kuasa dan kehebatan masing-masing akhirnya berlakulah perpecahan.Dalam keadaan usia keadilan yang masih setahun jagung pada ketika itu mengapa tidak pembahagian kerusi kepimpinan di lakukan secara musyawarah ,bukan untuk menolak demokrasi dalam parti akan tetapi keadaan parti yang masih belum stabil ketika itu memerlukan semua pemimpin lebih bersikap profesional dan bertolak ansur bukanya beradu menunjuk kekuatan.Kalau ingin menyatakan siapa sebenarnya yang bersalah dalam perpecahan itu saya tegas menyatakan yang semua kepimpinan ketika itu yang bertanggungjawab keatas perpecahan yang berlaku baik yang menyokong pengggabungan dan yang menentang penggabungan.

Isu kabilah merupakan isu besar ketika itu yang boleh kita kategorikan dalam kumpulan seperti ABIM , JIM , REFORMIS ,BEKAS AHLI UMNO DAN NGO yang mana merupakan tonggak kekuatan parti pada ketika itu.Krisis berpuak itu masih wujud sehingga kini dan wujud juga sikap berpuak-puak ini dalam kumpulan perhubungan masyarakat cina dan india dalam parti kalau dalam konteks perpecahan yang berlaku dalam perhubungan masyarakat india dalam parti saya lebih melihat kepada aspek perebutan kuasa dan ego yang berlaku kepada sesetengah pemimpin masyarakat india ini.Saya turut melihat yang faktor agama turut menyumbang kepada sikap tidak bertolak ansur sesama mereka, saya ambil sebagai contoh untuk memudahkan klasifikasi puak tersebut adalah antara india beragama hindu dan india beragama kristian mengapa sebenarnya isu ini harus berlaku sedangkan objektif penubuhan keadilan adalah untuk membawa satu politik baru dan politik berbilang bangsa yang tentunya melibatkan berbilang agama untuk menuju kearah masyarakat majmuk di malaysia dan dengan apa yang berlaku rumusanya adalah sama iaitu kepentingan lain lebih di utamakan dari tuntutan perjuangan perkara ini seharusnya di bincangkan bersama secara muafakat di antara Dr xavier dan N Gobalakrisnan

Perhubungan masyarakat cina dalam keadilan sebenarnya turut mengalami krisis sesama mereka iaitu antara yang cenderung kepada politik asas dan antara mereka yang cenderung kepada politik perjuangan total seperti demonstrasi jalanan dan perhimpunan.Akan tetapi krisis dalam perhubungan masyarakat cina ini hampir tidak di ketahui oleh sesiapa kerana mereka lebih kepada penyelesaian secara profesional saya kagum dengan mereka - mereka ini dan kita seharusnya belajar tentang kaedah penyelesaian masalah yang di amalkan oleh mereka tahniah kepada Dr Lee Boon Chye dan Sdr Tian Chua?

Pengurusan parti keadilan juga saya anggap setakat ini masih gagal menunjukan kemampuan untuk menjadi tulang belakang perjuangan alternatif di malaysia kerana atas beberapa isu seperti pengurusan keahlian dan penyaluran maklumat kepada ahli parti .Masih wujud kepincangan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran parti yang perlu di perbaiki.Saya ingin menyatakan bahawa banyak bahagian yang pada hakikatnya bermesyuarat agong tahunan dalam keadaan tidak mempunyai korum yang mencukupi dan mesyuarat tetap di teruskan sedangkan mesyuarat itu pada hakikatnya tidak sah dan sikap tidak profesional di kalangan pimpinan bahagian ini cukup menyedihkan malahan ada bahagian yang cuma menyediakan laporan mesyuarat sedangkan mesyuarat tidak pun berjalan, perkara ini perlu mendapat perhatian serius dari Setiausaha Agong Parti.

Harapan saya dalam perjuangan ini adalah untuk melihat kembali era kegemilangan parti seperti di awal penubuhanya terlalu teringin rasanya untuk melihat Sdr Ezam dan Yb Saifuddin Nasution berganding bahu bersama sama dalam perjuangan, teringin juga untuk melihat kembali tokoh tokoh seperti Anuar Tahir, Dr Mohd Noor Manuty ,Shaari Sungip ,Abdul Rahman Osman, Johari Abdul Ust Mahyuddin dan ramai lagi aktif dan terus komited dengan perjuangan keadilan.

Akhir sekali ingin saya mohon maaf kiranya apa yang saya nyatakan diatas menyentuh perasaan mana-mana pihak tetapi bagi saya semua tuduhan perlu di jawab agar ia tidak lagi menjadi duri dalam daging yang akan merosakkan perjuangan dalam parti .
Harapan saya cukup jelas iaitu tuntutan reformasi sikap di kalangan pimpinan Parti perlu di segerakan demi sebuah perjuangan hakiki.Saya mohon agar apa yang saya nyatakan di fahami secara terbuka dan di anggap sebagai satu kritikan dan pendapat yang sekurang-kurangnya boleh memperbaiki kelemahan dalaman parti.

dryacid72@yahoo.com

Return to Main Page

Comments

Comment qlpo luhwdvyq tnayd lsnzhgq tehagqbs iowvjrk qcahf

Thu Sep 7, 2006 10:49 pm MST by kgxb qbyto

Comment kliktop.uy.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.yq.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE online PHENTERMINE order kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] pill [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE cheap PHENTERMINE online kliktop.ir.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.aliasy.org PHENTERMINE pill PHENTERMINE order [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] online [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.hu.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.zj.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE online [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.jo.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE buy PHENTERMINE cheap kliktop.sy.pl PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.su.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE pill

Fri Sep 1, 2006 11:10 pm MST by PHENTERMINE

Comment PHENTERMINE buy kliktop.uy.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE pill kliktop.hu.pl PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE pill PHENTERMINE online [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.su.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE pill [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.aliasy.org PHENTERMINE cheap PHENTERMINE order [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.jo.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.zj.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE order PHENTERMINE buy [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.ir.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.yq.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE order PHENTERMINE pill [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.sy.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE buy kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] online

Fri Sep 1, 2006 10:20 pm MST by PHENTERMINE

Comment [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.uy.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE pill PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE online PHENTERMINE buy [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.su.pl PHENTERMINE order kliktop.yq.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.aliasy.org PHENTERMINE buy PHENTERMINE order kliktop.sy.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] order [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.zj.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE online [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.ir.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE buy [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE cheap kliktop.jo.pl PHENTERMINE cheap kliktop.hu.pl PHENTERMINE pill [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE pill PHENTERMINE cheap kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] online

Fri Sep 1, 2006 9:38 pm MST by PHENTERMINE

Comment kliktop.aliasy.org PHENTERMINE buy PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE order [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE buy kliktop.yq.pl PHENTERMINE order [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE pill kliktop.sy.pl PHENTERMINE order [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.su.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE order PHENTERMINE online [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.hu.pl PHENTERMINE order [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE online PHENTERMINE buy PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.ir.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.zj.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE cheap kliktop.jo.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] order [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE online kliktop.uy.pl PHENTERMINE cheap

Fri Sep 1, 2006 9:12 pm MST by PHENTERMINE

Comment PHENTERMINE buy kliktop.sy.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] buy [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE order kliktop.ir.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE pill kliktop.uy.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] order [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE buy kliktop.su.pl PHENTERMINE order kliktop.hu.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE pill [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.yk.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE cheap kliktop.yq.pl PHENTERMINE order [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE pill [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.aliasy.org PHENTERMINE cheap PHENTERMINE pill PHENTERMINE cheap kliktop.jo.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE buy kliktop.zj.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE buy [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] pill

Fri Sep 1, 2006 9:03 pm MST by PHENTERMINE

Comment kliktop.zj.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE online [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.hu.pl PHENTERMINE cheap kliktop.aliasy.org PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE buy [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.yq.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE online [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE buy kliktop.jo.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE online [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.uy.pl PHENTERMINE pill [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] online PHENTERMINE pill kliktop.sy.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE buy PHENTERMINE online kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE pill [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE online [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.su.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE online kliktop.ir.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap

Fri Sep 1, 2006 8:15 pm MST by PHENTERMINE

Comment kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE order [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE pill kliktop.sy.pl PHENTERMINE pill kliktop.zj.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE order PHENTERMINE pill [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.hu.pl PHENTERMINE order kliktop.jo.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE online [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE online kliktop.uy.pl PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE cheap kliktop.aliasy.org PHENTERMINE buy [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] pill PHENTERMINE pill [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.ir.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE pill kliktop.yk.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.yq.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.su.pl PHENTERMINE pill [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] order PHENTERMINE cheap

Fri Sep 1, 2006 6:14 pm MST by PHENTERMINE

Comment kliktop.sy.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE online [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.aliasy.org PHENTERMINE online PHENTERMINE cheap PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.jo.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE order kliktop.yq.pl PHENTERMINE online [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.zj.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE online [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE pill [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.yk.pl PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.su.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE order [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE cheap kliktop.ir.pl PHENTERMINE pill [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.hu.pl PHENTERMINE pill PHENTERMINE buy kliktop.uy.pl PHENTERMINE buy [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE order [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE cheap PHENTERMINE online

Fri Sep 1, 2006 3:28 pm MST by PHENTERMINE

Comment [URL=kliktop.jo.pl]PHENTERMINE[/URL] order kliktop.jo.pl PHENTERMINE cheap PHENTERMINE buy PHENTERMINE pill kliktop.uy.pl PHENTERMINE order [URL=kliktop.uy.pl]PHENTERMINE[/URL] buy [URL=kliktop.aliasy.biz]PHENTERMINE[/URL] order PHENTERMINE cheap kliktop.aliasy.biz PHENTERMINE cheap kliktop.sy.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE online [URL=kliktop.sy.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap kliktop.hu.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.hu.pl]PHENTERMINE[/URL] online [URL=kliktop.yq.pl]PHENTERMINE[/URL] cheap PHENTERMINE pill kliktop.yq.pl PHENTERMINE pill [URL=kliktop.ir.pl]PHENTERMINE[/URL] online kliktop.ir.pl PHENTERMINE online PHENTERMINE online PHENTERMINE cheap [URL=kliktop.yk.pl]PHENTERMINE[/URL] buy kliktop.yk.pl PHENTERMINE order PHENTERMINE buy kliktop.aliasy.org PHENTERMINE online [URL=kliktop.aliasy.org]PHENTERMINE[/URL] online [URL=kliktop.su.pl]PHENTERMINE[/URL] pill kliktop.su.pl PHENTERMINE buy PHENTERMINE order [URL=kliktop.zj.pl]PHENTERMINE[/URL] buy PHENTERMINE cheap kliktop.zj.pl PHENTERMINE buy

Fri Sep 1, 2006 3:19 pm MST by PHENTERMINE

Comment anwar hidupmu sengsara,bangunlah engkau,bangun....kami sentiasa dibelakangmu

Mon Sep 19, 2005 10:49 pm MST by mr cool

Comment saya tidak bersetuju dgn pendapat pendapat di atas sebab saya nak cari pasal khalid al-walid,bukannya anwar ibrahim.faham ke bengong.................

Sun May 8, 2005 9:32 pm MST by setia

Comment aku bayaq gaji tak cukup ka ghazali oiii???

Thu Mar 3, 2005 8:24 am MST by azmin ali

Comment merajuk ke bang cerita zahid hamidi pun tak keluar2 lagi tak kan zahid hamidi dah huluoq kat hang kot??

Thu Mar 3, 2005 8:21 am MST by isketambola

Comment come on la ghazali banyak yang tak kena nampaknya.Ada problem bincang la ngan kitaorg ni

Thu Mar 3, 2005 8:19 am MST by mrbogus

Comment Betul la....aku nampak pun macam ada krisis dalam umno-reform. Ghazali Mat Dom di minta kembali aktif dalam membuat komen. Come on la....agenda besar sebelum agenda kecil okay..

Mon Feb 28, 2005 1:02 am MST by Din

Comment mana ghazali mat dom macam dah tak syok la umno reform semenjak dua menjak ni ada krisis ke??? kalau boleh saudara ghazali bagi la pendapat sikit kat forum ni.satu lagi mana janji umno reform berkaitan janji reformasi dato ahmad zahid hamidi ramai yang tertunggu tunggu tak juga keluar keluar.

Tue Feb 22, 2005 12:09 pm MST by sood

Comment sebuah tulisan yang menarik,saya rasa wajar kealpaan setiap pemimpin itu di tegur.Persoalan yang harus kita dalami bersama ialah sampai bila harus pemimpin itu terus-terusan di tegur sedangkan ianya masih di takuk lama juga, keadilan sebenarnya tidak perlu risau atau takut kehilangan azmin dan ezam kerana saya berpendapat kejayaan utama keadilan sehingga ke saat ini adalah keupayaan parti ini melahirkan ramai pemimpin muda, mungkin mereka tidak sehebat azmin dan ezam tapi mereka berjuang atas dasar perjuangan yang hakiki . sekurang-kurangnya pemimpin muda dalam keadilan ini tahu erti perjuangan dan sanggup berkorban demi perjuangan saya sanggup di penjarakan 2,3 atau sepuluh tahun sekalipun sekiranya duit simpanan saya berjuta-juta dan rumah saya bak istana dan anak serta isteri saya di sediakan pembantu rumah yang mencukupi.Sedarlah wahai pimpinan keadilan keadilan ini di bina dengan titisan air mata rakyat dengan darah rakyat dan dengan hati dan semangat rakyat , jangan hanya kerana tamak kan kuasa kamu sanggup menggadai maruah. Jangan hanya kononnya dengan usaha-usaha yang di lakukan demi untuk menjadikan anwar seorang perdana menteri kamu korbankan keadilan.Ingat wahai saudara ku ezam dan azmin terlalu banyak keluarga yang porak peranda , terlalu banyak anak dan isteri yang sanggup berlapar hanya kerana ayah dan suami mereka memperjuangkan keadilan . Apa yang kamu berdua bakal lakukan pasti di ingat sebagai sejarah , pasti ada ayah yang mengajar anaknya membenci kamu sebagaimana pejuang dalam keadilan mendidik anak mereka membenci mahathir

Mon Feb 21, 2005 10:12 am MST by arbain

Comment Bukan mudah untuk memimpin sebuah parti yang wujud dalam suasana yang tidak mengizinkan. Sdr. Anwar Ibrahim baharu sahaja dibebaskan dari penjara. Masih banyak ruang yang perlu diterokai dan ditelusuri dengan bijaksana agar tidak tersesat buat kali kedua. Untuk memimpin sebuah keluarga pun kadangkala kita tergelincir daripada landasan, inikan pula sebuah parti yang begitu gah namanya. Berikanlah peluang kepada beliau untuk menganalisis kedudukan semasa dengan sewajarnya. Berikan input yang tepat dan luahkan rasa tidak puas hati melalui saluran yang jelas. Semua pihak harus membuka mata, hati dan minda untuk menerima teguran dan kritikan walaupun pahit tetapi suara sumbang itu sebenarnya ketidakpuasan pihak bawahan. Pengalaman penulis sebelum kejatuhan Sdr. Anwar apabila berurusan dengan Srd. Azmin memanglah perit dan kesombongan beliau banyak diperkatakan orang. Itu sewaktu Sdr. Anwar berkuasa. Ahli keluarga Azmin jugalah yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kehancuran Sdr. Anwar Ibrahim. Hal ini bukan rahsia lagi tetapi Sdr. Anwar Ibrahim nampaknya selesa dalam kepompong dua panglimanya. Datin Dr. Wan Azizah bukanlah tokoh yang terdidik dalam dunia politik tetapi cuma bidan terjun yang perlu wujud sebagai ikon kesinambungan perjuangan Sdr. Anwar Ibrahim. Walaupun tidak dinafikan beliau banyak berusaha untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin politik tetapi kenyataan beliau selepas pembebasan Sdr. Anwar jelas sekali memperlihatkan dasar perjuangan beliau, yang pertama dalam hidupnya ialah ibu kepada anak-anaknya, kedua isteri kepada suaminya dan kemudiannya baharulah pemimpin kepada partinya. Itulah perjuangan sebenarnya beliau sebagai seorang wanita dan tidak salah bagi beliau mengatakan pendirian itu - itulah kejujuran. Kini yang perlu menilai kepepimpinan itu ialah ahli parti sendiri. Kita tidak memiliki seorang Indira Ghandi dan tidak usah bermimpi pun untuk mendapat impian tersebut. Seorang lelaki yang hebat lagikan kecundang dalam permainan politik inikan pula seorang wanita yang lahir daripada keadaan yang darurat bagi sesebuah parti politik. Ahli Keadilan perlu bermain dengan masa sehinggalah Sdr. Anwar berpeluang untuk memimpin KeAdilan sepenuhnya. Oraklah langkah yang sewajarnya memndapatkan sokongan rakyat. Kita tidak perlu berdentum dentam dengan publisiti kerana kita tidak perlu itu semua sebagai strategi penggerak kini. Rapatilah golongan bawahan untuk beberapa tahun ini dan gerakkanlah projek bersama-sama rakyat. Manusia ini tahu mengenang budi, walau pun satu keluarga di ulu kampung pedalaman yang dibantu tetapi rahmatNya menyelubungi semua daerah itu. Jadilah Saidina Omar a.s. dan contohi cara perjuangan Abu Bakar as.siddik. Sesekali kita menjentik Panglima Azmin dan Panglima Ezam agar tersedarlah daripada mimpi bahawa Khalid al-walid berjuang atas nama Allah bukan rumah yang besar dan simpanan bank yang berjuta-juta. Mamadailah kita menyara keluarga dan tidak usahlah kita menghimpunkan wang ringgit atas nama perjuangan tetapi akhirnya terseleweng menjadi umpatan zaman berzaman. Sekadar ingat-mengingati sesama insan. Hamba Allah.

Sun Feb 20, 2005 6:50 pm MST by Anonymous

Comment padan muka hang zool dulu lagi orang dah cakap ezam tu penipu hang tak percaya laa ni hang nak cerita apa pulak.?apa pun aku tetap respek laa kat hang masa jadi gembala angkatan muda perak dulu tapi hang patut masuk umno sekali dengan kumpulan 12 bukan sekarang

Sat Feb 19, 2005 11:04 pm MST by padan muka

Comment Sebenarnya UMNO sahaja yang dapat menyatukan Melayu yang semakin tersisih. Keadilan telah meninggalkan perjuangan eksklusif Melayu, Pas dengan finatik agamanya, UMNO sahaja yang menjadi kenderaan terbaik untuk perjuangan Melayu. Logisknya hanya UMNO juga dapat di terima Melayu dan Anwar sekarang ini adalah pemisah antara penyatuan Melayu kontemporari. Anwar sepatutnya mengikis cita -cita untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini dan bergerak untuk penyatuan Melayu kalau benar-benar mahu berjuang. Jangan fikirkan pasal kaum lain khususnya Cina kerana perjuangan mereka adalah untuk membolot khazanah yang telah di bolot. itu sahaja.

Sat Feb 19, 2005 8:38 pm MST by UMNo sahaja

Comment Zool himi itu penipu. Tak payah nak bicara dengan dia. Yang patut kita bicara adalah dengan Ruslan Kassim. Dia lagi konkrit dalam hujahnya kalau bertemu dengan dia secara persendirian. Zool bengang kerana Ezam tinggalkan dia dan nampak penipuan nya. Sekarang dia dah masuk UMNo. Dulu masa 12 orang bandit masuk UMNo dia tak masuk kononnya perjuangan. Jangan nak gebang lah Zool Hilmi

Sat Feb 19, 2005 8:33 pm MST by James

Comment kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan temubual ekslusif bersama bekas ketua pemuda keadilan perak zool hilmi b yahya sila email panglimazahid@yahoo.com antara yang menarik 1.Siapa perancang utama penyeberangan kumpulan 12 ke dalam UMNO 2.Mengapa beliau meninggalkan keadilan? temubual yang perlu dibaca oleh semua pendokong reformasi dan keadilan kerana mendedahkan banyak perkara yang tidak di ketahui umum sebelum ini.

Sat Feb 19, 2005 10:24 am MST by panglimazahid@yahoo.com

Comment bagus juga cadangan plutonium macam i ni memang ahli umno tak sanggup nak join pas , nak join keadilan pula alaa dah bergaduh teruk laa pastu bukan parti melayu pun , mungkin ibrahim ali boleh bantu untuk uruskan parti baru tu kalau boleh pakat sekali dengan ku li baru nampak mantap

Sat Feb 19, 2005 10:04 am MST by huzaifah

Comment cara terbaik bagi anwar untuk merubah budaya politik malaysia adalah dengan menubuhkan satu parti baru nafas baru yang lebih mencerminkan identiti politik baru masyarakat melayu..keadilan ....biar ia terus kekal sebagai satu parti politik mungkin boleh di gabungkan bersama .Persoalan untuk menyertai umno semula rasanya terlalu sukar ketika ini ,umno di lihat di ambang perpecahan yang kronik kalau dilihat dari segi keseluruhan anwar masih punyai kekuatan dalam umno, kemana halatuju penyokong anwar dalam umno ? mungkin sukar untuk mereka meninggalkan umno kerana semangat kemelayuan yang tinggi jadi penubuhan sebuah parti baru malay based mungkin dapat menjadi satu platform untuk merubah senario politik negara.

Sat Feb 19, 2005 9:56 am MST by plutonium

Comment kadang2 kita kurang cerdik buat penilaian berdasarkan emosi dan bersifat pendendam suasan sekarang mungkin kurang sesuai untuk SDR Anwar buat keputusan berkaitan dgn politik masalah dia nak masuk UMNO balik ke tu bkn persoalan besar sebab persoalan utama kita nak bawa sistem pentadbiran yg lebih baik dalam negara kita MB kelantan Tok guru Nik Aziz selalu ulang kenyataan PAS dgn UMNO berlawan atas dasar perjuangan islam kalau UMNO berubah perjuang islam hadhari yang boleh membentuk HAdharah Islamiyyah PAS automatik bubar. cth mudah tengok sikap puak syiah di iraq mereka dok lawan amerika secarang kekerasan krn mereka sedar dari segi kekuatan senjata dan iman rakyat iraq dok mampu lagi nak perolehi kemengan. mereka guna psikologi dan manfaatkan peluang yang ada.. natijahnya amerika cukup dok selesa dgn keputusan pilihanraya iraq kesimpulan... dalam perjuangan memang akan ada pengorbanan tp akan ada juga keciciran kita kena jd orang yg berkorban jgn jd orang yg tercicir kerna pengorbanan kita yg tidak ikhlas

Sat Feb 19, 2005 8:20 am MST by pei

Comment Bagi Anwar cara efektif ialah dia kena dapat kuasa dahulu. Dalam politik - kuasa itu penting. Dapat kuasa modified laws supaya payah orang nak tumbangkan dia. Mungkin dia tak lupa tetapi penting untuk di genggam kuasa. Kalau nak discuss pasal dia lupa orang jalanan - bagi saya dia tak lupa dan dia tidak peduli. Tengok orang keliling dia sekarang - yang ramai terdiri dari mereka yang kucup mulut dengan dia. Ada ke reformasi di lantik jadi orang - orang kanan dia - baik dalam parti mahupun organisasi informal politik beliau. Yang dia ambil mereka yang punya wang - pangkat datuk - dia tak balance it out dengan mereka yang kena terajang -kena pukul dan berjuang secara langsung.

Fri Feb 18, 2005 6:08 pm MST by Bagi dia

Comment betul tu ada..... tapi anwar tak fikir ke majoriti yang menyokong parti keadilan yang berkorban demi parti keadilan dan yang terkorban demi merealisasikan impian anwar. Hebatkan politik ni beribu rakyat yang turun membela dia beratus-ratus yang di belasah dan cedera kerana dia tapi kerana pak lah yang bebaskan dia semua habis dia lupa entah laaa

Fri Feb 18, 2005 5:41 am MST by terima kasih

Comment Cara yang sebaiknya untuk Anwar jadi PM adalah dengan masuk UMNO. Kalau masuk UMNO Anwar perlu sokongan hampir 2,500 perwakilan tetapi kalau dia lawan politik dia kena dapat berjuta undi untuk parti dia dan kena lawan SPR, TV dan macam - macam lagi. Itu jalan payah. Sebenarnya itu aku dapat dari Ghazali antara yang dia cakap la. Tetapi logik dia ada. Tanda - tanda besar mereka sedang melobi adalah seperti berikut: 1. Di tak hentam Pak Lah 2. Dia hentam Najib dan apikan ahli dalam UMNO kononnya Najib nak attack Pak Lah. 3. Pak Lah akan sampai masa tersepit dan perlu bantuan Anwar Ibrahim kerana penyokong Anwar ibrahim dalam UMNO banyak 4. Beberapa Bahagian UMNO pernah menawarkan tempat kepada Anwar setelah Anwar bebas berpolitik. 5. EXCO pemuda keadilan kini di larang melaksanakan demonstrasi kerana ini akan memecahkan janji antara Anwar dan Pak Lah - sikit -sikit komen boleh la 6. Pak Lah di jangka akan mengambil Anwar kerana Najib di back oleh Dr Mahathir dan buat masa ini Mahathir adalah orang yang mengenggam ekonomi dan mata wang Malaysia selain dari daim Zainuddin. Ada point lain yang aku dapat bila call ghazali tapi dah lupa dah....

Thu Feb 17, 2005 8:00 pm MST by aku tolong

Comment ghazali mat dom boleh ulas? ulas laa ghazali bagi semua rakyat faham baik negatif atau positif saya pohon agar saudara ghazali memberikan ulasan tentang persolan ezam azmin nak masuk umno

Thu Feb 17, 2005 11:56 am MST by jjj

Comment Persoalan hentam Najib ko directkan soalan itu pada editor1@umno-reform.com atau call aje Ghazali Mat Dom 012-6544762, aku dah call dan ulasan dia amat menarik pasal keadilan, Azmin dan ezam nak join Umno. Kau call sendiri

Thu Feb 17, 2005 10:05 am MST by Jak

Comment nak tanya sikit pada kawan-kawan dan wartawan umno reform ni, kenapa parti keadilan terutamanya angkatan muda lebih banyak menghentam najib tun razak tak ada cerita aku tengok diaorang hentam paklah kalau ada isu pasal najib je terus dia org hentam tapi pak lah terselamat.Aku bukan apa cuma kompius sikit sebab semenjak dua menjak ni kecoh cerita dalam umno pasal najib nak lawan pak lah la muhyiddin nak lawan najib laa tu pasal aku pasal aku tengok keadilan dengan umno ni macam ada connection je, kalau ada kawan-kawan yang tau serba sikit tentang perkara ni tolong la ceritakan sikit yang nak tahu

Thu Feb 17, 2005 12:31 am MST by aku nak tanya

Comment KORANG SEMUA NAK TAHU TAK KENAPA EZAM TAK JADI JOIN UMNO IKUT KUMPULAN 12?JAWAPANYA MUDAH KERANA EZAM MINTAK PALING KURANG JADI TIMBALAN MENTERI TAPI TAK DAPAT TU PASAL DIA RETURN BALIK TAK JADI MASUK UMNO ...ISHH MALU NYA!!!!!

Wed Feb 16, 2005 11:53 pm MST by UMNO BARU

Comment SAYA YAKIN ANWAR IBRAHIM AKAN MENYERTAI UMNO SEMULA.INI SEMUA ADALAH HASIL PERMAINAN POLITIK EZAM DAN AZMIN ,MEREKA MANA BOLEH HIDUP SUSAH . PERANGAI MEREKA INI DAH MEMANG BEGITU SEMENJAK ANWAR BELUM DI PECAT DARI UMNO LAGI.SIAPA YANG TAK KENAL AZMIN.."MR TOL GATE" KALAU ANWAR TAK TOLONG DIA MASA DALAM UMNO DULU DAH LAMA MASUK JAIL PASAL RASUAH. KONON NYA MEREKA TAAT PADA ANWAR IBRAHIM SEMASA ANWAR IBRAHIM DI PENJARA...PODAHHHH PASAL DEPA BANYAK DUIT TU PASAL DEPA SETIA CUBA KALAU DAH SENGKEK DAH LAMA DEPA BLAH BUKAN RAKYAT TAK TAHU YANG DEPA BERDUA TU DAH MERANCANG NAK MASUK UMNO MASA ANWAR DALAM PENJARA LAGI..ANWAR PUN TAHU TAPI TAH LAA TAK TAU KENAPA ANWAR MASIH PERCAYA KAT DEPA BERDUA.

Wed Feb 16, 2005 11:49 pm MST by senduduk putih

Comment Anwar akan buat kesalahan kali kedua. Orang -orang kanan beliau yang menjatuhkan beliau namin orang - orang kanan ini juga yang di bela oleh beliau. Ezam, Azmin dan Khalid Jaafaar adalah mereka yang akan gagalkan Anwar buat kali kedua.

Wed Feb 16, 2005 7:31 pm MST by Anti Pas

Comment syabas dryacid kepada sdr ezam dengan azmin sebenarnya perlu tahu tak semestinya ahli yang selama ini diam terhadap tuduhan keatas anda berdua menyokong kamu. Dah terlalu ramai yang kecundang kerana kamu...cadangan saya baik anda berdua pulang je ke pangkuan umno lagi pun itu kan hasrat kamu berdua.jangan ingat ahli parti tak tahu tentang perundingan kamu dengan khairi jamaludin dan jangan ingat tak ada org yang terserempak dengan kamu sewaktu berunding dengan umno. kepada anwar ibrahim ingat sdr jatuh dan tersingkir dari umno dulu adalah kerana kebijaksanaan setiausaha politik sdr yang merancang dan menghasut saudara untuk menentang mahadhir sebagai presiden umno.Kehebatan org-org dato seri lah yang menghancurkan dato seri ......jangan izinkan ianya berulang kembali

Wed Feb 16, 2005 1:15 am MST by AZLAN

Comment Benar tulisan dryasid. Kedudukan melampau di beri kepada orang -orang yang masih bergelar kronis sedangkan ramai yang terlibat dalam perjuangan tersisih. Kita memang akui bandit 12 yang keluar keadilan sertai UMNo ada juga jasa tetapi mereka telah keluar. Priority kepada mereka yang masih sokong perjuangan reformasi tetapi terus di sisih. Kita harus akui BUKAN mahu mengukur tetapi terdapat antara rakan baik Anwar Ibrahim hanya duduk menghabiskan beras tetapi tidak mahu berjuang. Bila Anwar Ibrahim bebas mereka bangkit kononnya mereka adalah antara orang yang tercalar kerana berjuang. Hampas, mereka tercalar kerana tidak boleh menambahkan wang barang 10 juta lagi - itu sahaja sedangkan yang lain memitik air mata darah. Syabas Dry asid

Tue Feb 15, 2005 11:01 pm MST by ReformiS

Comment Benar tulisan dryasid. Kedudukan melampau di beri kepada orang -orang yang masih bergelar kronis sedangkan ramai yang terlibat dalam perjuangan tersisih. Kita memang akui bandit 12 yang keluar keadilan sertai UMNo ada juga jasa tetapi mereka telah keluar. Priority kepada mereka yang masih sokong perjuangan reformasi tetapi terus di sisih. Kita harus akui BUKAN mahu mengukur tetapi terdapat antara rakan baik Anwar Ibrahim hanya duduk menghabiskan beras tetapi tidak mahu berjuang. Bila Anwar Ibrahim bebas mereka bangkit kononnya mereka adalah antara orang yang tercalar kerana berjuang. Hampas, mereka tercalar kerana tidak boleh menambahkan wang barang 10 juta lagi - itu sahaja sedangkan yang lain memitik air mata darah. Syabas Dry asid

Tue Feb 15, 2005 10:48 pm MST by ReformiS

Comment Pesanan: saya amat bersetuju dengn apa yang di tulis oleh saudara dryacid72 tahniah kerana menyatakan kebenaran sepatutnya article ini di sebarkan secara meluas kepada semua pimpinan parti keadilan memang keadilan perlu reformasi sikap pemimpin untuk memastikan keadilan mampu pergi lebih jauh. kalau boleh harap saudara dry acid atau sesiapa saja yang ada BUKTI PENYELEWENGAN DALAM PARTI dedahkan kepada umum supaya DSAI sendiri tahu apa yang org kanan dia buat semasa dia di penjara.

Tue Feb 15, 2005 10:43 pm MST by shahrul amali

Add Comment